Pengalaman Empat Tahun Aku Berblogging !

31 , 1 , 2 ... huh . tiga hari tak update blog mcm dah setahun . 31 , 1 , 2 hari jugaklah aku duduk rumah dan buat kerja sekolah modul KH aku yang tak pernah nak siap . buat atas kertas A4 dah lah tak de baris baris kan lepastu tulisan aku pun senget benget dah mcm menara condong cuma tulisan aku bukan senget benget sebab banjir je . dah dah panjang betul pendahuluan karangan aku kali ni . 

tadi aku terfikir jugak hmm kenapalah blog aku ni dah empat tahun hidup tapi followers aku tetap 300 je haha . bila tengok blog yang lain bru setahun hidup dah banyak followers berpuluh-puluh ribu .. org yg dtg ke blog diaorng jugak ramai . tapi , bila aku fikir balik sebab sebabnya , aku pulak yang gelak sendiri . sekarang aku Tingkatan Dua . aku mula berblogging sejak aku darjah lima ! darjah lima weyh !!!! kalau aku cakap kat kakak , kakak mesti cakap "akak dulu main Batu Seremban je Aja . Tak pun yang ala ala moden pun akak main Kasut Roda" haha mesti punya . tu lah , negara dah maju kan . cuma blog aku je tak maju lagi . err panjangnye karangan aku perenggan yang kedua ni . hihi . sorry uolss . 

TAHUN PERTAMA
tahun pertama . hmm masa ni aku darjah lima . yang aku tahu , blog aku yang pertama designnye warna purple . banyak jugaklah widget widget yang comel comel yang turun menghiasi blogku  dan yang paling aku ingat masa tu dekat sidebar blog aku ade gmbar Ashraf Muslim dengan tajuk di atasnye iaitu "Prince Charming" . wakaka . bila ingat balik aku dh mcm org gila gelak mengalahkan tarzan yang terjatuh daripada pautan di dahan pokok dan digelakkan oleh para para berok yang budiman. ape ni haha . dan entry entry di blog aku masa tu ialah berkaitan dengan kawan kawan . asal gaduh je aku update . lepas kwn aku baca , diaorg update blog diaorg . lepastu berbaik balik . hwa3 . sape kate blog ni takde kebaikan . banyak kebaikan nye tau tak . 

TAHUN KEDUA
masa aku darjah enam pulak , walaupun aku sibuk study sehingga aku memperoleh keputusan yang AMAT CEMERLANG yaitu 4A 1B tapi aku lebih kepada berblogging masa tu . Masa ni lah aku belajar serba sedikit tentang blog bersama rakanku , Sarah Raihanah . Masa ni , bila nak edit blog je , IM kat Pesbok pun aku tak balas sebb blog punya pasal hahaha . Sampai abang dengan kakak pun dah mcm grrr sebb bila diaorang nak online , internet akan lembab disebabkn mencecah limit akibat blog ku ini . hihi . tapi tahun kedua berblogging ni lah tahun yang paling aku sayang ! sebab berblogging pada tahun ni lah , aku banyak beramah mesra dengan kawan kawan baru harhar .

TAHUN KETIGA
dalam sejarah blog aku ni , tahun 2011 adalah tahun yang paling sedih . sedih kan ? *tanya blog*  . aku malas eh bukan malas tapi aku taknak kenang balik kenapa aku rasa tahun 2011 ni banyak benda berlaku kat blog ni disebabkan aku hanya menurut kata kata orang yang tak pernah nak menyokong apa aku buat dan aku tunggu masa sekali lagi andai nya benda yang sama berlaku sekali lagi aku sanggup putuskan persahabatan aku dengan mereka demi blog ni . mempunyai kawan yang hanya baik dihadapan , tetapi buruk di belakang amatlah menjengkelkan . haha apa ni apa haha . tapi alhamdulilah , walaupun banyak bende buruk yg berlaku kat blog ni tahun lepas , aku berusaha lagi untuk berblogging sebab blog aku yg satu ni lah antara sahabat aku . 

TAHUN KEEMPAT
yes . tahun ni . blog ni berwajah baru ! berazam baru ! semuanya baru . aku harap , tahun ni akan menjadi tahun yang lebih baik daripada yang sebelumnye . aku dah tak peduli ape orang nak cakap , tak kisah dah . sesungguhnya , blog ni adalah sahabat yang paling baik bagi aku dan blablablablabla . hehe . 

No comments: